SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Wednesday, September 16, 2009

ICT Assessment SO4


Akhirnya saya berjaya apabila melihat "Windows XP" display di hadapan saya....seronok!


Inilah masa yang menyeksakan untuk menunggu proses installation..


Sebelum install ..kena buat booting dulu....

Sayalah orang yang pertama siap crimping, pinging dan installation... percaya tak.... Saya bukan kelas cikgu Hazrra @ sir seng tapi saya siap juga walaupun cikgu saya belum menilai lagi. Saya ambil insiatif sendiri dan curi-curi buat dengan merujuk kepada pakar....

Monday, September 14, 2009

ICT Assessment SO6


Jangan lupa catatkan dalam borang pentaksiran selepas sesuatu assessment dijalankan.

Wah..susah juga nak luruskan wayar kecil ni.....geram


Senang hati sudah siap..ambil fail dan minta tandatangan cikgu ICT...

Tengok kena dera.... bantu cikgu susun kertas soalan..

Print "print screen" - pinging

Kami tengah belajar pinging .... hihi

Ini cara buat crimping.... yeol
Pada 14 dan 15 September 2009 bersamaan dengan hari isnin dan selasa, pelajar ICT (4 Inovatif) telah membuat assessment SO6. Pelajar ICT telah mendapat bantuan daripada guru-guru ICT bagi menyiapkan assessment ini. Mereka bersungguh-sungguh menyiapkan assessment ini sebelum cuti raya.

Wednesday, September 9, 2009

Pembaikan Pusat Akses





Kerja-kerja pembaikan kini sedang giat dijalankan di sekolah. Pusat Akses tidak juga terkecuali dan terpaksa ditutup sementara waktu sehingga semua kerja pembaikan siap dilaksanakan. Ucapan terima kasih kepada para pelajar ICT 4 Ino kerana telah membantu memindahkan semua PC untuk mengelakkan kerosakan yang mungkin timbul. Semoga selepas ini, Pusat Akses akan berwajah baru dan ceria sentiasa ....

Sunday, July 19, 2009

Pemberitahuan


Saya ingin memaklumkan semua pengawas Pusat Akses terutamanya pelajar tingkatan 5 akan melepaskan jawatan mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap peperiksaan SPM tidak lama lagi. Dasar ini adalah sejajar dengan saranan pengetua supaya pelajar-pelajar ini tidak tertekan dengan bebanan yang dipikul.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah setia bersama Pusat Akses selama ini. Semoga anda semua akan berjaya dalam peperiksaan SPM.
Sehubungan dengan ini, pengawas yang tidak terlibat dengan peperiksaan SPM dan PMR akan memikul tanggungjawab ini di samping beberapa rompakan kecil akan dilakukan untuk memastikan Pusat Akses dapat beroperasi seperti biasa.
Sekian, terima kasih.

Friday, May 15, 2009

Hari Guru


Tema hari guru tahun ini ialah "Guru Pembina Negara Bangsa". Selamat Hari Guru untuk semua guru SMKBKK. Berikut disertakan lukisan dari seorang pelajar 2 Ino Ashilah Kamisin untuk semua guru smkbkk yang disayangi..

Sunday, May 3, 2009

MAPC 2008


Sabrina Saib Tokoh Pelajar Perempuan & Pelajar Terbaik STPM

Rosllea Navavi Pelajar Terbaik SPM 6A

Noor Amirah Pelajar Terbaik SPM 6A

Syazlina Saib Pelajar Terbaik SPM 4A

Norma Jean Ariffin Pelajar Terbaik T4

Merlla Elna Micheal Pelajar Terbaik PMR 7A

Debra Dona Pelajar Terbaik PMR 5A

Elizabeth Tainol Pelajar Terbaik PMR 4A

Sernie Sibin Pelajar Terbaik PMR 4A

Edrena Rainal Pelajar Terbaik PMR 4A
Tahniah kepada pengawas PA yang turut menceriakan MAPC 2008 dengan menaiki pentas menerima anugerah sebagai pelajar terbaik mengikut tingkatan. Sudah pasti saat ini akan menjadi satu sejarah dalam hidup dan juga impian kepada setiap pelajar kerana memori ini akan menjadi kebanggaan setiap ibu bapa yang mengharapkan anak mereka berjaya dalam akademik. Semoga kejayaan ini akan menjadi pencetus untuk berjaya di masa-masa akan datang.

Sunday, April 12, 2009

Projek Sivik & Kewarganegaraan



Tingkatan 2 Inovatif telah menjalankan sebuah projek khidmat masyarakat bertajuk “Job week” ,bermula pada 02. 04. 2009 dan tarikh projek berakhir pada bulan ogos. Kumpulan kami iaitu “Inova Generation” mempunyai 7 orang ahli. Antaranya Nazrin Amit, Asilah Kamisin, Siti Nur Aqilah Rosmat, Muhd. Nazirrudin Roslan, Nurafiqah Matlan, Mardiana Ahmad serta Gloria Easterfan James dari 2 Inovatif. Selain kumpulan kami, terdapat juga beberapa kumpulan dari kelas kami.

Projek ini tidak boleh dijalankan pada waktu persekolahan. Tujuan projek ini ialah untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiaran, dan nilai sivik serta kewarganegaraan di luar kelas. Selain itu, projek ini juga untuk menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Sebagai perancangan awal, kami membuat risala dan mengedarkan kepada warga sekolah. Kami akan membantu warga sekolah yang inginkan bantu mengikut keupayaan kami. Kami Cuma mengenakan bayaran sebanyak RM3.00 sahaja untuk satu perkhidmatan.

Kumpulan kami telah memulakan projek ini pada 04. 04.2009, iaitu selepas perarakan maulidurasul. Kami telah mencuci kereta guru yang mengajar kami “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan”. Terdapat juga beberapa guru yang ingin memerlukan bantuan kami. Projek pada hari itu berakhir pada jam 12.45 petang.

Hasil daripada perkhidmatan yang kami lakukan buat masa ini ialah RM 21. Jika anda memerlukan bantuan, sila berhubung dengan kami di 2 Inovatif.

Wednesday, April 8, 2009

Rintihan






Berdiri berpegang pada wawasan yang tinggi menjulang;
Di apitan batu-bata tinggi berisi pelajar;
Berada di ruangan menimba ilmu;
Memandang tinggi cita-cita;

Sakitnya hati jiwa dan raga!
Suara guru mengajar bunyi penukul menjadi latar;
Kertas ujian ingin dijawab bunyi jentera mengiringi masa;
Saat makmal menjadi tumpuan penjana kuasa memberi gangguan;
Kiranya penat dari latihan tiada lagi ku teduh di bawah pepohon;
Ingin bersukan gelanggang hancur dinodai!
Penderitaan jenis apakah ini terhadap pelajar?!

Daif sangatkah sekolahku ini sehingga perlu perubahan mendadak?!
Kami pelajar kami belajar;
Kami datang dengan harapan
Kami pulang dengan kejayaan?
Apakah akan didengar rintihan hati ini?!

Hati kecil ini berkata..
Kami ingin belajar dengan tenang
Siapakah yang harus dipersalahkan..?
Tuding menuding tiada jawapan;

Dalam hiba ku tetap berdiri;
Dengan harapan cecita tercapai.

Oleh:
Vivian Grace Gordon
5 Inovatif

Thursday, March 26, 2009

Gengsterisme

Gengsterisme bukanlah isu baru di negara kita. Gengsterisme sudah menular ke sekolah. Sekolah di beberapa buah negeri telah mencatat peratus yang agak tinggi penglibatan gengsterisme ini.
Tidak hairanlah berita mengenai gengsterisme sering terpampang di media-media massa. Agak menyedihkan kerana gengsterisme ini meninggalkan kesan negatif kepada para pelajar sekolah.
Imej sekolah akan tercemar jika sesebuah sekolah itu terlibat dengan gengsterisme. Sekolah pula tidak akan mendapat pengiktirafan sebagai sekolah cemerlang. Rekod tidak bersih terpaksa ditanggung oleh sekolah berkenaan sehingga hilang keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.
Di samping itu, pelajar-pelajar pula diburu rasa bimbang jika di sekolah mereka ada gengsterisme. Semua ini akan menjejaskan masa depan para pelajar sama ada yang terlibat dengan gengsterisme atau tidak.
Apa yang dibimbang, pelajar yang terlibat dengan gengsterisme akan terbawa-bawa sikap buruk mereka ini apabila keluar dari sekolah kelak. Mereka akan membentuk satu kumpulan dalam kalangan masyarakat biasa dan tentunya aktiviti mereka lebih serius.
Jelaslah di sini bahawa gengsterisme telah menjejaskan masa depan para pelajar itu sendiri. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana mereka asyik terbelenggu oleh aktiviti negatif kumpulan mereka.
Masalah yang berkaitan dengan gengsterisme perlulah ditangani oleh semua pihak supaya masa depan remaja tidak terabai begitu sahaja.

Oleh:
Mardiana Ahmad
2 Inovatif

Thursday, March 19, 2009

Jangan Lupa "TQ"





Semua orang mungkin tidak sedar "Terima kasih -TQ" itu membawa makna yang sungguh bernilai lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui keputusan peperiksaan SPM. Seorang pelajar tidak dianggap cemerlang dan berjaya walaupun dia mendapat 11A1 dalam SPM sekiranya dia tidak tahu mengucapkan "TQ" kepada guru-guru yang mendidiknya. Memang dia cemerlang dari segi akademik tetapi dari segi nilai moral .... dia gagal. Perkataan "TQ" sudah merangkumi keseluruhan penghargaan seorang pelajar terhadap jasa dan budi seorang guru

Monday, March 2, 2009

Cita-Cita Saya


Saya VivianGrace Gordon. Cita-cita saya menjadi seorang guru Pendidikan Khas khususnya pelajar-pelajar autisme.
Saya berminat untuk menceburi bidang ini kerana saya ingin menabur bakti di samping membantu golongan ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Golongan ini diklasifikasikan sebagai golongan yang mempunyai dunia sendiri, adakalanya mereka berani mencederakan diri sendiri.
Saya mula meminati bidang ini setelah menyertai rombongan sekolah ke SMK Kolombong bahagian pelajar-pelajar istimewa, maka terdetik di hati saya ingin membimbing dan menabur bakti dalam bidang ini.
Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar cita-cita ini tercapai.


VivianGrace Gordon,
5 Inovatif

Tuesday, February 10, 2009

Komen Pusat Akses Dari Saya


Nama saya Mardiana Matthew @ Ahmad. Saya dari kelas 2 Inovatif. Saya tinggal di Perumahan S. E. S. B. Sepanggar. Saya suka bermain basikal pada waktu petang. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan kerana saya suka dengan haiwan terutamanya kucing tapi malangnya saya tidak dibenarkan untuk memelihara haiwan.

Saya suka pergi ke Pusat Akses kerana saya boleh mencari maklumat – maklumat penting berkaitan dengan pelajaran saya melalui internet. Selain itu, saya juga selalu membuka laman web sekolah untuk menghantar komen kepada semua pelajar SMK Bandaraya. Tambahan pula, perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan beroperasi sepanjang hari persekolahan (7.00am – 3.00pm).

Pusat Akses ini bukan sahaja membolehkan kita mencari maklumat dan informasi melalui internet malah kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, kita boleh meluaskan kenalan dengan mengenali dan berkawan dengan orang dari dalam dan luar negara melalui forum SMKBKK, Yahoo Mail, Myspace, dan sebagainya. Adalah menjadi harapan kita semua, kemudahan istimewa ini tidak disalahgunakan.

Saya juga ingin menyatakan bahawa Pusat Akses ini sangat penting bukan sahaja kepada para pelajar malah guru-guru kerana pusat ini dijadikan sebagai tempat melakukan kerja-kerja menaip yang berkaitan dengan pelajaran. Oleh itu, jelas bahawa Pusat Akses ini sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan dan banyak faedah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi pelajar terutamanya dari aspek kurikulum.

Akhir sekali, hargailah perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan Pusat Akses ini ke arah kebaikan dan sama-samalah kita memartabatkan visi dan misi sekolah kita.


Saturday, February 7, 2009






Sebahagian daripada aksi pengawas PA sedang menumpukan perhatian semasa mesyuarat berlangsung. Ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir. Semoga perjumpaan kali ini dapat mengeratkan hubungan sesama pengawas PA.

Mesyuarat PA Bil.1/09




Mesyuarat telah diadakan pada 03/02/2009 untuk pengawas PA sesi petang dan 06/02/2009 untuk pengawas PA sesi pagi. Tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk memastikan PA dapat beroperasi dengan licin disamping taklimat ringkas penggunaan Sistem PuAS2009. Penggunaan Sistem PuAS2009 harus dikuasai oleh semua pengawasPA supaya semua data dan maklumat dapat diproses dengan cepat dan tepat.
Mesyuarat juga menyentuh tentang peranan PA sebagai lokasi untuk menyebarkan maklumat dan info terkini tentang perkembangan sekolah dari segala aspek melalui blog dan forum sekolah. Sebagai penghargaan kepada penulis blog dan moderator, pihak PA akan menyediakan beberapa anugerah di majlis penutupan PA.

Thursday, February 5, 2009

Carta Organisasi 2009


Berikut adalah senarai AJK Pusat Akses yang telah diberi mandat baru oleh Guru Pusat Akses untuk membawa perubahan baru untuk mancapai objektif dan matlamat penubuhan sebenar.
Dengan adanya kerjasama dan komitmen erat dikalangan ahli bukan saja dapat meningkatkan kualiti kerja dan imej PA malahan dapat melahirkan lebih ramai lagi MOD dan penulis blog yang hebat di SMKBKK selaras dengan perkembangan pesat ICT pada masa kini dan akan datang.

Tuesday, February 3, 2009

KATA-KATA AMANAT GURU PUSAT AKSES

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengawas Pusat Akses kerana telah memberi komitmen dan sokongan padu sejak ia mula beroperasi. Bukan mudah untuk melayan pelbagai kerenah pelajar di samping untuk memelihara suasana yang aman, tenteram dan selesa supaya setiap pengguna dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara optimum.

Bagi pengawas yang masih dilantik, teruskan usaha anda dan sentiasa memberi bimbingan dan semangat kepada pengawas baru supaya dapat mencetuskan semangat berpasukan kerja yang mantap dan lebih efisyen. Pengawas Pusat Akses harus sentiasa patuh kepada peraturan dan menguatkuasakannya bagi meningkatkan disiplin pelajar serta mengurangkan masalah dan kerosakan yang timbul semasa menggunakan komputer. Penggunaan yang baik akan membawa faedah kepada semua warga SMKBKK supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT bukan sahaja dalam PnP malah dalam bidang tugas masing-masing.

Akhir kata, saya secara peribadi dengan rasa setinggi-tinggi ikhlas menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap pengawas Pusat Akses. Sekian, terima kasih.

Saturday, January 31, 2009

Pusat Akses SMKBKK

Blog ini bertujuan untuk memaparkan segala aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun dari semasa ke semasa.
Dengan adanya blog ini juga memberi peluang kepada semua pengawas Pusat Akses untuk meningkatkan kemahiran ICT di samping membentuk pasukan kerja yang erat bagi melicinkan lagi fungsi PA ....