SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Tuesday, February 10, 2009

Komen Pusat Akses Dari Saya


Nama saya Mardiana Matthew @ Ahmad. Saya dari kelas 2 Inovatif. Saya tinggal di Perumahan S. E. S. B. Sepanggar. Saya suka bermain basikal pada waktu petang. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan kerana saya suka dengan haiwan terutamanya kucing tapi malangnya saya tidak dibenarkan untuk memelihara haiwan.

Saya suka pergi ke Pusat Akses kerana saya boleh mencari maklumat – maklumat penting berkaitan dengan pelajaran saya melalui internet. Selain itu, saya juga selalu membuka laman web sekolah untuk menghantar komen kepada semua pelajar SMK Bandaraya. Tambahan pula, perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan beroperasi sepanjang hari persekolahan (7.00am – 3.00pm).

Pusat Akses ini bukan sahaja membolehkan kita mencari maklumat dan informasi melalui internet malah kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, kita boleh meluaskan kenalan dengan mengenali dan berkawan dengan orang dari dalam dan luar negara melalui forum SMKBKK, Yahoo Mail, Myspace, dan sebagainya. Adalah menjadi harapan kita semua, kemudahan istimewa ini tidak disalahgunakan.

Saya juga ingin menyatakan bahawa Pusat Akses ini sangat penting bukan sahaja kepada para pelajar malah guru-guru kerana pusat ini dijadikan sebagai tempat melakukan kerja-kerja menaip yang berkaitan dengan pelajaran. Oleh itu, jelas bahawa Pusat Akses ini sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan dan banyak faedah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi pelajar terutamanya dari aspek kurikulum.

Akhir sekali, hargailah perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan Pusat Akses ini ke arah kebaikan dan sama-samalah kita memartabatkan visi dan misi sekolah kita.


Saturday, February 7, 2009






Sebahagian daripada aksi pengawas PA sedang menumpukan perhatian semasa mesyuarat berlangsung. Ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yang hadir. Semoga perjumpaan kali ini dapat mengeratkan hubungan sesama pengawas PA.

Mesyuarat PA Bil.1/09




Mesyuarat telah diadakan pada 03/02/2009 untuk pengawas PA sesi petang dan 06/02/2009 untuk pengawas PA sesi pagi. Tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk memastikan PA dapat beroperasi dengan licin disamping taklimat ringkas penggunaan Sistem PuAS2009. Penggunaan Sistem PuAS2009 harus dikuasai oleh semua pengawasPA supaya semua data dan maklumat dapat diproses dengan cepat dan tepat.
Mesyuarat juga menyentuh tentang peranan PA sebagai lokasi untuk menyebarkan maklumat dan info terkini tentang perkembangan sekolah dari segala aspek melalui blog dan forum sekolah. Sebagai penghargaan kepada penulis blog dan moderator, pihak PA akan menyediakan beberapa anugerah di majlis penutupan PA.

Thursday, February 5, 2009

Carta Organisasi 2009


Berikut adalah senarai AJK Pusat Akses yang telah diberi mandat baru oleh Guru Pusat Akses untuk membawa perubahan baru untuk mancapai objektif dan matlamat penubuhan sebenar.
Dengan adanya kerjasama dan komitmen erat dikalangan ahli bukan saja dapat meningkatkan kualiti kerja dan imej PA malahan dapat melahirkan lebih ramai lagi MOD dan penulis blog yang hebat di SMKBKK selaras dengan perkembangan pesat ICT pada masa kini dan akan datang.

Tuesday, February 3, 2009

KATA-KATA AMANAT GURU PUSAT AKSES

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengawas Pusat Akses kerana telah memberi komitmen dan sokongan padu sejak ia mula beroperasi. Bukan mudah untuk melayan pelbagai kerenah pelajar di samping untuk memelihara suasana yang aman, tenteram dan selesa supaya setiap pengguna dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara optimum.

Bagi pengawas yang masih dilantik, teruskan usaha anda dan sentiasa memberi bimbingan dan semangat kepada pengawas baru supaya dapat mencetuskan semangat berpasukan kerja yang mantap dan lebih efisyen. Pengawas Pusat Akses harus sentiasa patuh kepada peraturan dan menguatkuasakannya bagi meningkatkan disiplin pelajar serta mengurangkan masalah dan kerosakan yang timbul semasa menggunakan komputer. Penggunaan yang baik akan membawa faedah kepada semua warga SMKBKK supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT bukan sahaja dalam PnP malah dalam bidang tugas masing-masing.

Akhir kata, saya secara peribadi dengan rasa setinggi-tinggi ikhlas menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap pengawas Pusat Akses. Sekian, terima kasih.