Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada semua pengawas Pusat Akses kerana telah memberi komitmen dan sokongan padu sejak ia mula beroperasi. Bukan mudah untuk melayan pelbagai kerenah pelajar di samping untuk memelihara suasana yang aman, tenteram dan selesa supaya setiap pengguna dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan secara optimum. Bagi pengawas yang masih dilantik, teruskan usaha anda dan sentiasa memberi bimbingan dan semangat kepada pengawas baru supaya dapat mencetuskan semangat berpasukan kerja yang mantap dan lebih efisyen. Pengawas Pusat Akses harus sentiasa patuh kepada peraturan dan menguatkuasakannya bagi meningkatkan disiplin pelajar serta mengurangkan masalah dan kerosakan yang timbul semasa menggunakan komputer. Penggunaan yang baik akan membawa faedah kepada semua warga SMKBKK supaya dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT bukan sahaja dalam PnP malah dalam bidang tugas masing-masing.
Akhir kata, saya secara peribadi dengan rasa setinggi-tinggi ikhlas menghargai sumbangan dan pengorbanan setiap pengawas Pusat Akses. Sekian, terima kasih.



No comments:
Post a Comment