SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Tuesday, February 10, 2009

Komen Pusat Akses Dari Saya


Nama saya Mardiana Matthew @ Ahmad. Saya dari kelas 2 Inovatif. Saya tinggal di Perumahan S. E. S. B. Sepanggar. Saya suka bermain basikal pada waktu petang. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang Doktor Haiwan kerana saya suka dengan haiwan terutamanya kucing tapi malangnya saya tidak dibenarkan untuk memelihara haiwan.

Saya suka pergi ke Pusat Akses kerana saya boleh mencari maklumat – maklumat penting berkaitan dengan pelajaran saya melalui internet. Selain itu, saya juga selalu membuka laman web sekolah untuk menghantar komen kepada semua pelajar SMK Bandaraya. Tambahan pula, perkhidmatan ini disediakan secara percuma dan beroperasi sepanjang hari persekolahan (7.00am – 3.00pm).

Pusat Akses ini bukan sahaja membolehkan kita mencari maklumat dan informasi melalui internet malah kita boleh menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, kita boleh meluaskan kenalan dengan mengenali dan berkawan dengan orang dari dalam dan luar negara melalui forum SMKBKK, Yahoo Mail, Myspace, dan sebagainya. Adalah menjadi harapan kita semua, kemudahan istimewa ini tidak disalahgunakan.

Saya juga ingin menyatakan bahawa Pusat Akses ini sangat penting bukan sahaja kepada para pelajar malah guru-guru kerana pusat ini dijadikan sebagai tempat melakukan kerja-kerja menaip yang berkaitan dengan pelajaran. Oleh itu, jelas bahawa Pusat Akses ini sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana ia memberi kemudahan dan banyak faedah dalam meningkatkan kualiti dan prestasi pelajar terutamanya dari aspek kurikulum.

Akhir sekali, hargailah perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak sekolah dengan menggunakan Pusat Akses ini ke arah kebaikan dan sama-samalah kita memartabatkan visi dan misi sekolah kita.


No comments:

Post a Comment