SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Thursday, March 26, 2009

Gengsterisme

Gengsterisme bukanlah isu baru di negara kita. Gengsterisme sudah menular ke sekolah. Sekolah di beberapa buah negeri telah mencatat peratus yang agak tinggi penglibatan gengsterisme ini.
Tidak hairanlah berita mengenai gengsterisme sering terpampang di media-media massa. Agak menyedihkan kerana gengsterisme ini meninggalkan kesan negatif kepada para pelajar sekolah.
Imej sekolah akan tercemar jika sesebuah sekolah itu terlibat dengan gengsterisme. Sekolah pula tidak akan mendapat pengiktirafan sebagai sekolah cemerlang. Rekod tidak bersih terpaksa ditanggung oleh sekolah berkenaan sehingga hilang keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.
Di samping itu, pelajar-pelajar pula diburu rasa bimbang jika di sekolah mereka ada gengsterisme. Semua ini akan menjejaskan masa depan para pelajar sama ada yang terlibat dengan gengsterisme atau tidak.
Apa yang dibimbang, pelajar yang terlibat dengan gengsterisme akan terbawa-bawa sikap buruk mereka ini apabila keluar dari sekolah kelak. Mereka akan membentuk satu kumpulan dalam kalangan masyarakat biasa dan tentunya aktiviti mereka lebih serius.
Jelaslah di sini bahawa gengsterisme telah menjejaskan masa depan para pelajar itu sendiri. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana mereka asyik terbelenggu oleh aktiviti negatif kumpulan mereka.
Masalah yang berkaitan dengan gengsterisme perlulah ditangani oleh semua pihak supaya masa depan remaja tidak terabai begitu sahaja.

Oleh:
Mardiana Ahmad
2 Inovatif

Thursday, March 19, 2009

Jangan Lupa "TQ"





Semua orang mungkin tidak sedar "Terima kasih -TQ" itu membawa makna yang sungguh bernilai lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui keputusan peperiksaan SPM. Seorang pelajar tidak dianggap cemerlang dan berjaya walaupun dia mendapat 11A1 dalam SPM sekiranya dia tidak tahu mengucapkan "TQ" kepada guru-guru yang mendidiknya. Memang dia cemerlang dari segi akademik tetapi dari segi nilai moral .... dia gagal. Perkataan "TQ" sudah merangkumi keseluruhan penghargaan seorang pelajar terhadap jasa dan budi seorang guru

Monday, March 2, 2009

Cita-Cita Saya


Saya VivianGrace Gordon. Cita-cita saya menjadi seorang guru Pendidikan Khas khususnya pelajar-pelajar autisme.
Saya berminat untuk menceburi bidang ini kerana saya ingin menabur bakti di samping membantu golongan ini dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Golongan ini diklasifikasikan sebagai golongan yang mempunyai dunia sendiri, adakalanya mereka berani mencederakan diri sendiri.
Saya mula meminati bidang ini setelah menyertai rombongan sekolah ke SMK Kolombong bahagian pelajar-pelajar istimewa, maka terdetik di hati saya ingin membimbing dan menabur bakti dalam bidang ini.
Oleh itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh agar cita-cita ini tercapai.


VivianGrace Gordon,
5 Inovatif