Gengsterisme bukanlah isu baru di negara kita. Gengsterisme sudah menular ke sekolah. Sekolah di beberapa buah negeri telah mencatat peratus yang agak tinggi penglibatan gengsterisme ini.
Tidak hairanlah berita mengenai gengsterisme sering terpampang di media-media massa. Agak menyedihkan kerana gengsterisme ini meninggalkan kesan negatif kepada para pelajar sekolah.
Imej sekolah akan tercemar jika sesebuah sekolah itu terlibat dengan gengsterisme. Sekolah pula tidak akan mendapat pengiktirafan sebagai sekolah cemerlang. Rekod tidak bersih terpaksa ditanggung oleh sekolah berkenaan sehingga hilang keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tersebut.
Di samping itu, pelajar-pelajar pula diburu rasa bimbang jika di sekolah mereka ada gengsterisme. Semua ini akan menjejaskan masa depan para pelajar sama ada yang terlibat dengan gengsterisme atau tidak.
Apa yang dibimbang, pelajar yang terlibat dengan gengsterisme akan terbawa-bawa sikap buruk mereka ini apabila keluar dari sekolah kelak. Mereka akan membentuk satu kumpulan dalam kalangan masyarakat biasa dan tentunya aktiviti mereka lebih serius.
Jelaslah di sini bahawa gengsterisme telah menjejaskan masa depan para pelajar itu sendiri. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran kerana mereka asyik terbelenggu oleh aktiviti negatif kumpulan mereka.
Masalah yang berkaitan dengan gengsterisme perlulah ditangani oleh semua pihak supaya masa depan remaja tidak terabai begitu sahaja.
Oleh:
Mardiana Ahmad
2 Inovatif
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment