SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Sunday, April 12, 2009

Projek Sivik & Kewarganegaraan



Tingkatan 2 Inovatif telah menjalankan sebuah projek khidmat masyarakat bertajuk “Job week” ,bermula pada 02. 04. 2009 dan tarikh projek berakhir pada bulan ogos. Kumpulan kami iaitu “Inova Generation” mempunyai 7 orang ahli. Antaranya Nazrin Amit, Asilah Kamisin, Siti Nur Aqilah Rosmat, Muhd. Nazirrudin Roslan, Nurafiqah Matlan, Mardiana Ahmad serta Gloria Easterfan James dari 2 Inovatif. Selain kumpulan kami, terdapat juga beberapa kumpulan dari kelas kami.

Projek ini tidak boleh dijalankan pada waktu persekolahan. Tujuan projek ini ialah untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiaran, dan nilai sivik serta kewarganegaraan di luar kelas. Selain itu, projek ini juga untuk menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Sebagai perancangan awal, kami membuat risala dan mengedarkan kepada warga sekolah. Kami akan membantu warga sekolah yang inginkan bantu mengikut keupayaan kami. Kami Cuma mengenakan bayaran sebanyak RM3.00 sahaja untuk satu perkhidmatan.

Kumpulan kami telah memulakan projek ini pada 04. 04.2009, iaitu selepas perarakan maulidurasul. Kami telah mencuci kereta guru yang mengajar kami “Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan”. Terdapat juga beberapa guru yang ingin memerlukan bantuan kami. Projek pada hari itu berakhir pada jam 12.45 petang.

Hasil daripada perkhidmatan yang kami lakukan buat masa ini ialah RM 21. Jika anda memerlukan bantuan, sila berhubung dengan kami di 2 Inovatif.

Wednesday, April 8, 2009

Rintihan






Berdiri berpegang pada wawasan yang tinggi menjulang;
Di apitan batu-bata tinggi berisi pelajar;
Berada di ruangan menimba ilmu;
Memandang tinggi cita-cita;

Sakitnya hati jiwa dan raga!
Suara guru mengajar bunyi penukul menjadi latar;
Kertas ujian ingin dijawab bunyi jentera mengiringi masa;
Saat makmal menjadi tumpuan penjana kuasa memberi gangguan;
Kiranya penat dari latihan tiada lagi ku teduh di bawah pepohon;
Ingin bersukan gelanggang hancur dinodai!
Penderitaan jenis apakah ini terhadap pelajar?!

Daif sangatkah sekolahku ini sehingga perlu perubahan mendadak?!
Kami pelajar kami belajar;
Kami datang dengan harapan
Kami pulang dengan kejayaan?
Apakah akan didengar rintihan hati ini?!

Hati kecil ini berkata..
Kami ingin belajar dengan tenang
Siapakah yang harus dipersalahkan..?
Tuding menuding tiada jawapan;

Dalam hiba ku tetap berdiri;
Dengan harapan cecita tercapai.

Oleh:
Vivian Grace Gordon
5 Inovatif