SEKOLAH BESTARI

"SMK BANDARAYA KOTA KINABALU KOMITED MEMBUDAYAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERMULA TAHUN 2010."

Saturday, May 15, 2010

Program PERMATApintar


saya pelajar yang habis jawab dulu ... hehehe

... susah sudah ... sebelum sampai penghujung soalan ... huhu

... siapa digelar juara IQ ...

... ini kumpulan lain yg menjawab ...

... semua senyap seketika ...

... yang mana satu ... pening sudah ...

... kena berfikir lama juga ...

... ini contohnya ...

.. mula-mula soalan senang ...

... mula dengan mengisi maklumat peribadi, sekolah dan keluarga ...

Program ini telah muda dijalankan di sekolah pada 14/05/2010 bertempat di Pusat Akses mulai jam 8.00am hingga 3.00pm. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah 1A, 2A dan 3A dimana mereka dikehendaki menjawab secara online soalan-soalan uji IQ sebanyak 148 soalan. Program ini akan disambung pada 17/05/2010 untuk pelajar-pelajar yang belum sempat menjawab. Bagaimanapun bagi mereka yang ada kemudahan internet di rumah adalah disyorkan untuk menjawab secara online sendiri. Untuk keterangan lanjut boleh layari laman web http://www.permatapintar.edu.my

Wednesday, May 12, 2010

Program PERMATApintar

KEMPEN 1Hari 1Sekolah 1Pelajar. Sila beritahu kawan disebelah anda mengenai PERMATApintar!
Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web PERMATApintar ini. Ujian ini mengandungi 148 soalan yang memerlukan pelajar berfikir untuk menjawab sehingga lengkap. Jangka masa seseorang untuk menjawab adalah antara 1 hingga 3 jam. Sekiranya pelajar berhenti atau talian terputus, maka pelajar boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.
Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun. Untuk menggunakan ujian saringan ini, pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci.
Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa menjawab soalan dalam ujian saringan ini. Pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar perlu memasukkan maklumat peribadi, sekolah dan ibu bapa atau penjaga sebelum memulakan ujian saringan ini.

http://www.permatapintar.edu.my

Monday, May 3, 2010

Kaji Selidik Online


Tulis nama di buku log sebelum menggunakan PC ...


... macam menjawab soalan exam ...


Mesin Kira terpaksa digunakan untuk menjawab soalan diagnostik


Pelajar sedang melayari internet dan mengisi maklumat yang dikehendaki.


Guru Bertugas iaitu Cikgu Rohani & Cikgu Sainah


Pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dengan kaji selidik online UKM telah dijadualkan untuk mengisi maklumat dan ujian diagnostik Algebra Asas di Pusat Akses pada 4 dan 5 Mei. Pelajar yang terlibat perlu mengakses laman web http://dmo.ukm.my/sdia dan menjawab semua soalan yang disediakan.

Mesyuarat Pusat Akses Bil. 01/2010




Tempat: Pusat Akses Smk Bandaraya
Masa: 09.40 am
Kehadiran:
01. Debra Dona Joannes
02. Mohd. Norhan
03. Adelista Adnan
04. Edrena Rainal
05. Merlla Elna
06. Sernie Sibin
07. Elizabeth Taniol
08. Nevetty Kitingon
09. Felix Liuhan
Agenda:
01. Jadual bertugas AJK- sila rujuk lampiran masa bertugas yang diedarkan.
02. Gotong Royong membersihkan Pusat Akses. Pengerusi mencadangkan aktiviti ini akan dijalankan pada 7/5/2010, jam 2.00pm.
03. Keceriaan Pusat Akses. Guru PA mencadangkan agar PA diceriakan mengikut kategori yang akan ditentukan kelak.
disediakan oleh;
Edrena Rainal
Setiausaha,
Pusat Akses 2010.. :)

Thursday, April 15, 2010

Peraturan Pusat Akses

01. Pelajar dilarang masuk tanpa kebenaran guru atau AJK bertugas.
02. Dilarang membawa masuk bag, makanan/ minuman ke dalam bilik ini.
03. Bertanggungjawab semasa menggunakan kemudahan di bilik ini.
04. Memastikan bilik ini sentiasa dalam keadaan bersih dan tersusun.
05. Satu komputer untuk kegunaan seorang saja dalam satu masa.
06. Pastikan anda mencatatkan penempahan penggunaan sebelum masuk.
07. Catatkan semua penggunaan dalam buku log yang disediakan.
08. Mengimbas disket atau pen drive sebelum digunakan.
09. Dilarang bermain ’game’ atau menonton VCD di dalam bilik ini.
10. Dilarang ’install’ program lain dalam komputer.
11. Dilarang mencuba membaiki atau merosakkan perkakasan komputer.
12. Dilarang memindahkan perkakasan dari kedudukan asal.
13. Dilarang memadamkan perisian yang sedia ada dalam komputer.
14. Dilarang mengubah sebarang ’setting’ dalam komputer.
15. Dilarang menyimpan sebarang fail di dalam cakera keras.
16. Kemudahan internet untuk tujuan pelajaran sahaja.
17. Laporkan segala masalah komputer kepada guru dengan kadar segera.
18. Mematikan komputer mengikut prosedur yang betul.
19. Mematikan semua suis sebelum meninggalkan bilik ini.
20. Mematuhi segala peraturan dari masa ke semasa.

Thursday, March 25, 2010

ICT SPM 2009


Akhirnya result diumumkan juga ...
Mari sama-sama kita dengar apa kata pelajar ICT last year ...
iaitu dari Norma Jean ...

Wednesday, January 20, 2010

AJK Pusat Akses 2010


Penolong Bendahari
Navetty Kitingon

Bendahari
Sernie Sibin

Penolong Setiausaha
Merlla Edna Micheal

Setiausaha
Edrena Rainal

Naib Pengerusi 2
Felix Liuhan

Naib Pengerusi 1
Adelista Adnan

Timbalan Pengerusi
Norhan Mahmud

Pengerusi
Debra Dona Joannes